criminal project!

Kempen Legging

Tuesday, September 28, 2010

peSaNan AToK

salam alaikum semua :)

pesanan atok pdku ku jadikan pedoman hidup..
panduan hidupku selagi tuhan bersamaku..
walau pesanan atok sama seperti pesanan rakanku..
walau pesanannye sama seperti pesanan ibubapaku..
walau pesanannya sama seperti pesanan rasul..
hakikatnya pesanan itu dr tuhanku...
1. hilangkan segala yg jahat dihatimu..
atok: jgn mengumpat hal org, jgn menghina, jgn ckp yg bukan2 sia2, jgn buat bende buruk, jgn dan jangan utk segala kejahatan ye cu~
nape tok?
atok ; nanti tempias kene pd diri sendiri..
2. jangan berprasangka buruk
atok; kerna setiap yg membina keburukan tak akan pernah mencapai kepuasan,
ianya sia-sia
caranye tok?
atok; buangkan prasangka dgn kesedaran, dan zikir
3. banyakkanlah zikirmu
atok ; ni atok nk bg tips ye cu..sebelum zikir tarik nafas dan iktikad dlm diri ya tuhanku jauhkan segala prasangka keburukan padaku dekatkan segala kebaikan padaku
gambarkan segala nur tuhan meresap di pelusuk tubuhmu..
akhirnya atok berpesan ''tiada pengharapan yg diharapkan'' jadilah dirimu cu!
hidup kerna pengharapan ibarat tiada penghujung..lalu atok pergi meninggalkanku dalam tangisan syahdu aku terjaga dr mimpi
sekian

Saturday, September 25, 2010

mata MerEka Dan KAmi berBeza..

assalamualaikum...

pagi tadi aku terus mencapai tuala..keinginan hari ini utk lebih maju dari semalam lebih baik dari semalam..tibe2 ''adik!! tolong mak kemas rumah!!'' laungan mak mencetuskan rasa geram di hati.. hari ni aku nak bace buku...pulun study ish ganggu betul..dengan hati yang memberontak aku turuti lalu teringat pesan baginda....segala amal menurut apa yang di niatkan...jenuh aku tekan2 tepuk2 dada utk memasang niat..akhirnya hatiku mula lembut...kehendakku mengemas rumah timbul...

dengan apa pemasangan niatku tadi...jenuh jugak nk yakinkan diri ni..ku igtkan diriku tntg sunnah nabi dlm membantu...berbuat baik pd ibubapa...yg beriman pasti ke syurga dan aku menakut-nakutkan diriku dari neraka Allah..begitulah cara aku memujuk hati...

yang ingin ku ceritakan di sini niat manusia dalam beribadah itu beraneka..
terdapat 3 jenis niat..seperti biase kita meniatkan kebaikan utk ke syurga
ada yang meniatkan kebaikan dgn kegerunan rasa ke neraka
yg terakhir mereka yg berdaya fikir meniatkan terus ke wajah Allah..

sedangkan imbalan pahala utk umat manusia ialah seukuran pemasangan niat..
maka org utama yg merasakan kenikmatan tertinggi memandang Wajah Agung...
jauh bezanya dengan mereka yg memandang wajah bidadari syurga...
lagi jauh dengan yg hanya memandang wajah patung2 porselen...

Ahmad Yazid Khadrawaihi bermimpi jumpa tuhan dan tuhan berfirman : semua hambaku memohon syurga kecuali Abu Yazid..dia yg memohon mendekat kepadaku...

Abu Yazid al-busthami sendiri pernah bermimpi jumpa tuhan dan bertanya : ya tuhan jalan apakah yg harus ku tempuhi utk menujumu..lalu tuhan berfirman : tinggalkan dirimu dan mari tampil kepadaku...

jenuh kita mendatangkan ikhlas dalam diri...mereka yg ada rasa keagamaan pasti mudah menuju niat sebaliknya dgn mereka yg punya rasa keduniaan...

misalnya abu mahu berkahwin..di hati menyatakan keyakinan ingin menegakkan rumah tangga mengikut sunnah nabi..tiba-tiba teringatkan kos sara hidup yg tinggi terpaksa menampung anak yg ramai..hati hanya menurut badan berkahwin..lantas yg di sangka2 dan diulang2 dalam hati hanyalah di kilasan semata hanya omong kosong dan was-was...!

hal pemasangan niat ini juga turut mendorong ahli fiqhi yg berpegang pd lahiriah mengubah sedikit hukumnya..seseorang yang menghadirkan niat untuk sesuatu hal yang dibolehkan namun niatnya tidak hadir ke amal sunat.maka lebih baik dia melakukan hal mubahdan hukum sunatpun berpindahlah kesitu..

ujar Abu Dardak : daku berekreasi dgn sedikit hiburan dan ini membantu diriku menegakkan amal kebaikan..

imam ali-karamallahuwajhahu--berilah hatimu masa istirahat kerana hati bila dipaksa terus-terusan akan menjadi buta..!

dari Allah SWT jualah kita harapkan bimbingan yg sebaiknya..
wallahu a'lam

Friday, September 17, 2010

,,,kisah sufism,,



KIsAh NaBi ZaKarIa

nabi
Zakaria punyai kemahiran bertukang batu,,, pada suatu hari beliau menerima upah menegakkan pagar tembok sebuah keluarga. Mereka menghidangkan untuk beliau sepiring roti, ( yang mana beliau tidak mahu makan selian hasil kerja beliau)..

Datanglah sekumpulan manusia, namun Nabi Zakaria terus menjamah hidangan tadi tanpa menjemput mereka.. Mereka terkejut dengan tingkah laku Nabi Zakaria kerna beliau terkenal dengan sifat dermawan dan zuhud.

Lalu ujar beliau " aku bekerja di sini mengambil upah, dan si tuanku menghidangkanku sepinggan roti agar diriku kuat dalam bekerja untuk mereka.. Jikalau anda turut serta makan bersamaku, anda tidak kenyang dan daku pun tidak kenyang justeru badanku menjadi lemah... dan aku tidak mampu untuk menyelesaikan kerja yang mereka upahkan ini.........

.......beginiLah kisah seorang yang berpandangan tajam memandang terus kebatin dengan Nur ILahy.. lemah beliau dari bertugas adalah sumbing di bidang wajib, tidak berkongsi makanan, hanyalah sumbing di bidang sunat..tentulah yang sunat dapat dilunturkan dengan yang wajib..



gambar hiasan

KisaH SufyAn As-Tsauri..

P
eristiwa seorang pria yang sembahyang berimamkan Sufyan As- tsauri.. Dilihat olehnya akan baju yang dipakai oleh beliau terbalik, lalu dia memberitahu sufyan akan hal tersebut.
Imam Sufyan menggerakkan tangannya untuk membetulkan bajunya tapi kemudiannya tangan beliau ditarik ke tempat asal.

Pria itupun bertanya," kenapa tak jadi diluruskan?''

Jawab Sufyan, " tadinya baju ini kupakai kerana Allah, dan daku tidak mahu meluruskan kalau tidak kerana Allah pula''.

__orang yang harum baunya akan tajam pemikirannya__
surah Al-Qaf ; tiada diucapkannya sepatah katapun, melainkan didekatnya ada pengawas yang bersiap sedia.

Sunday, September 5, 2010

perincian amal dan niat

wahai penuntut ilmu agama..
janganlah kau berlagak ilmuwan terpilih..
belum pasti dikau layak dgn tugas mu
bisa mungkin kau di gelar guru iblis tercela..

penuntut ilmu agama..
yang mungkin digelar sang guru alim..
sang guru bisa meninggal
namun jejak buruknya berkembang di dunia beribu tahun..

masih beruntunglah orang yg bila mati
dosa-dosanya turut mati bersama,
sedarlah sang guru penyembah tuhan durjana,
dikau pencipta iblis tercaci..

sang alim yang tolol..
lagakmu bak dermawan
meninggalkan ilmu penyambung warisan anbiya..
hakikatnya kaulah hancurnya agama..

kau dermawan haram!
hanya memberi pd sang iblis,
kalut mencari manusia
yang kononnya bisa menyebarkan ilmumu

sang tolol dan pengikut iblis,
berserban dan berjubah tercela
pandai bicara, berilmu tinggi
tapi hanya menarik iblis segala..
dikau menghimpun daki-daki dunia

aku benci dgn ucapanmu si alim durjana
'' segala amal menurut niatku,,
dan niatku menyebar ilmu agama,,
dan kuniat hanya agar ilmuku digunakan utk kebaikan''
sedangkan dikau memilih iblis pengikutmu..

lagakmu seperti sang dermawan haram

yang meniru lagak sifat indah Allah

memberi pedang utk dipakai berjihad

sedangkan kau memberi pd penyamun iblis!

sajak ni ku reka dan ku tuju khas pada si daie tolol..


Wednesday, September 1, 2010

keGumbirAan

bismillahirrahmanirrhim...

assalmualaikum sume..hye2...

persoalan pertama diajukan: amacam hidup anda??
hihi..selalu orang yang baik misti ditnyakan dulu amacam iman anda??
insyaAllah kalau hidup baik..disertakan iman yg makin betambah sure hidup bahgia n hepi~

dua hari lepas aku balik kampung..biaselah cuti 31 ogos merdeka maaa...
sekian lama di Malaysia aku rasekan suasana merdeka makin sepi..suram..
alamak cmne nih...kalau dulu surau dan masjid yang sepi..
tarawih dan qiamullail tiada sambutan..
kini hari kemerdekaan, hari ulung bg negara Malaysia tiada sambutan..
yang ada hanyalah bunga api..pertunjukan...perarakan..
meriah hanya sehari sahaja..
kalau dulu umat islam mengambil enting tentang agama..
islam hanyalah pengenalan diri..''saye orang islam''
kini semangat patriotisme pulak semakin menurun...masyarat tidak lagi
memikirkan negara..negara ditolak tepi..
hanya melayan kehidupan masing2..kesatuan masyarakat sudah tiada..
sehinggakan ada golongan remaja yang kutuk prosedur@ undang2 kerajaan..
...maksudku disini bukanlah memihak kepada mana2 parti.."pembangkang or kerajaan''
lihatlah masalah ini secara universal..
remaja sekarang yang hidup tiada arah tuju..
potilik..ekonomi..sosial sume dia x difikir..
bg mereka kepuasan hidup merupakan matlamat sebenar kehidupan...
andai generasi begini terus membiak bagaimana Malaysia yang diiktiraf "negara aman"
bukankah ini semua merupakan tanda2 kecil kehancuran sesebuah negara??
aduss..mcm mana nnt..adakah Malaysia akan seperti di indonesia? @ di pakistan?
nauzubillah..aku ni masih berhingusan, untuk membicarakan masalah negara aku membutuhkan masyarakat yang lebih arif untuk mengajarku..

okes masuk topik kedua..hari ini memang memenatkan,,bermulalah kehidupanku sebagai
"nanny berdaftar"..maksudnya gaji sebagai nanny mula berjalan hihi..
hari ni first day my sister pergi kerja..nur syadia hannan ditinggalkan padaku..
excited nak jaga budak mule betukar bila..baby start enjin tangisan ^_~
lenguh tangan dukung si kecik ni..pengalaman petama memang best walaupun ponat~

topik ke3 :- ragam manusia pelik tu masih ada..AGK n d geng terus menjadikan kami penin
nak wat cmne gn deme nih..ramai bg komen wat dek jew~(paham ke?:) )
so untuk mengisi kepala yang penin aku habiskan karya lukisanku..
hehe..da siap kartun raye..tp scanner rumah xde..
nak edit n send mcm mane?? uh buntu lagi @_@
xpe layanzz saje~zaZzz..




ape pendapat korang tgk gambo nih??
best x kite lukis2 tetibe kartun tu bernyawa hihi..
ley wat kawan..lukis gambo doreamon ke..senanglah ade poket ajaib macam2 ley buat
markah pekse pun ley jadi mumtaz kui3..
hanya mimpi sajelah..dream yg mcm ni layan ckit2 je tau..
layan lame2 jadi xbetoi plak...kalau kite memikirkan kreativiti semacam ni boleh menjana otak kanan..so amiklah sikit masa kehidupan anda dengan berimaginasi..takpun
main chess lagi bagus..generate ur mind..^_^
okey..stakat ni celoteh dr ku..salam ceria semua

Monday, August 23, 2010

.: KEBiaDapan...

bismillahirrahmanirrahim...
assalamulaikum warahmatullahi wa barakatuh...

moga rahmat dan keberkatan Allah dilimpahkan kepada seluruh manusia yang hanya mengharapkan segalanya dariNya..
manusia tidak ada yang diciptakan tanpa akal...
demikian hati dan perasaan perlu di jaga dan di kawal dengan akal..
ada seseorang yang sedih dengan kesalahan yg dilakukan...''aku dah berzina''
''aku yakin ini sume salah nafsuku''
adakah logik nafsu disalahkan?? kerna itulah kita kena bijak mengawalnya dengan akal yang diberi...nafsu tidak perlu disalahkan kerna ia adalah salah satu nikmat dari Allah..
post aku kali ini berkaitan dengan salah satu kefasikan manusia...


utk gambaran yg jelas sila klik pd gambar


aku tak berani untuk menghukum mereka..apakah mereka masih diterima ke syurga...
apakah mereka akan bertaubat..apakah mereka dihumban ke neraka..
semua ini kerja Ilahi yang telah menentukan setiap kehidupan hambanya..
fi tauhid..ketentuan yang ditetapkan Allah...tapi akal yang diberi manusia untuk berfikir kearah persimpangan mana yang mahu dituju..adakah ke syurga mahupun neraka..
persoalannya..dimanakah tanggungjawab ibubapa??
adakah mereka mendapat pendidikan??
aku rase deme ni mcm xpenah blaja pasal puase..dan maybe parents deme nih
spesis seperti anaknya juga..
wallahu a'lam
tapi yang geramnye...bila mana mereka ckp
''aku malas nak argue dgn org agama ni deme sure nak menang je..kerajaan tak pernah nak accept tuhan aku''
apa barang kome ni...memangla org yang ada agama akan menang kalau argue dgn korang memang sudah terbukti islam agama kebenaran...
boleh ke aku kate deme ni murtad!..xtau lah..
aku rase mereka ni memang xkenal Allah..
so what d new kitab yg korang nk wat??..melampau betoi masyarakat sekarang..
semua manusia berperanan menyebarkan kebenaran..
pekare kedua yang geram~~bila time solat jemaah(tarawih)..
solat di masjid/surau..susah sangat para jemaah untuk rapatkan sof..
antara sebab xnak rapat sof ''panas....nanti teduduk atas kaki..sakit''
lagi satu..bila ada budak area 2&3tahun solat bersama jemaah di sof hadapan..
yang ini aku tak tahu ape alasannye...
wahai manusia boleh aku katakan jgnlah manjakan dirimu..jgnlah manjakan klurga atau sesiapa sahaja utk menghambakan dirimu dalam beribadah...
lihatlah berapa pecahan masa yang kamu gunakan utk beribadah..
justeru manfaatkan sebaiknya anggotamu,masamu,segalnya tika berhadapan dengan tuhanmu..
sekian..Allahu yubarik lakum











Monday, August 16, 2010

~udara kenikmatan

assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh..




ahlan ya ramadhan...sudah 6ramadhan, moga2 kita ambil setiap detik saat dlm ramadhan utk kegunaan yg bermanfaat, jangan sesekali bertangguh dalam melakukan kebaikan dan ibadah... jauhilah dirimu dari ungkapan esoklah, lusalah, relax la dulu, sekejap lagi ungkapan tersebut adalah helah besar syaitan laknatullah..inilah yang dikatakan taktik syaitan lebih sistematik dalam menipu manusia, hanya keimanan sebenar yang dapat melawan godaannya...

FAREHAM, Britain- seorang budak lelaki, Liam Derbyshire akan berhenti bernafas setiap kali dia tidur..dia menghidap sejenis penyakit yang dikenali sebagai sumpahan ''ondine'' menyebabkan dia memerlukan mesin sokongan hayat semasa tidur dirumahnya.. Keluarganya dari Gosport,Hamshire membelanjakan ribuan pound untuk membayar bil elektrik disebabkan penggunaan mesin berkenaan..dan menggunakan alat penyedut udara berkuasa bateri yang diletakkan dalam kenderaan sebagai persediaan jika dia tertidur..

telah sekian lama sejak kita dilahirkan kita menyedut udara free atas pemberian rahmat Allah.. tidak perlu membelanjakan puluhan ribu untuk bernafas...

agar kenikmatan ini satu anugerah untuk lebih mengenali Sang Pencipta..