criminal project!

Kempen Legging

Friday, September 17, 2010

,,,kisah sufism,,



KIsAh NaBi ZaKarIa

nabi
Zakaria punyai kemahiran bertukang batu,,, pada suatu hari beliau menerima upah menegakkan pagar tembok sebuah keluarga. Mereka menghidangkan untuk beliau sepiring roti, ( yang mana beliau tidak mahu makan selian hasil kerja beliau)..

Datanglah sekumpulan manusia, namun Nabi Zakaria terus menjamah hidangan tadi tanpa menjemput mereka.. Mereka terkejut dengan tingkah laku Nabi Zakaria kerna beliau terkenal dengan sifat dermawan dan zuhud.

Lalu ujar beliau " aku bekerja di sini mengambil upah, dan si tuanku menghidangkanku sepinggan roti agar diriku kuat dalam bekerja untuk mereka.. Jikalau anda turut serta makan bersamaku, anda tidak kenyang dan daku pun tidak kenyang justeru badanku menjadi lemah... dan aku tidak mampu untuk menyelesaikan kerja yang mereka upahkan ini.........

.......beginiLah kisah seorang yang berpandangan tajam memandang terus kebatin dengan Nur ILahy.. lemah beliau dari bertugas adalah sumbing di bidang wajib, tidak berkongsi makanan, hanyalah sumbing di bidang sunat..tentulah yang sunat dapat dilunturkan dengan yang wajib..



gambar hiasan

KisaH SufyAn As-Tsauri..

P
eristiwa seorang pria yang sembahyang berimamkan Sufyan As- tsauri.. Dilihat olehnya akan baju yang dipakai oleh beliau terbalik, lalu dia memberitahu sufyan akan hal tersebut.
Imam Sufyan menggerakkan tangannya untuk membetulkan bajunya tapi kemudiannya tangan beliau ditarik ke tempat asal.

Pria itupun bertanya," kenapa tak jadi diluruskan?''

Jawab Sufyan, " tadinya baju ini kupakai kerana Allah, dan daku tidak mahu meluruskan kalau tidak kerana Allah pula''.

__orang yang harum baunya akan tajam pemikirannya__
surah Al-Qaf ; tiada diucapkannya sepatah katapun, melainkan didekatnya ada pengawas yang bersiap sedia.

No comments:

Post a Comment