criminal project!

Kempen Legging

Wednesday, December 29, 2010

DAMASUTRA

WARNa PElaNGi


Salam ceria..:)

Rindu nak post blog tapi xde kesempatan..komputer xde..idea pun tandus..kesempitan masa dgn ‘syurga donia’ :D

Seorang adam telah dilahirkan di mesir..tahniah pada mutazawijin ustzh hidayah dan suaminya..moga zuriat Muhammad Adam Fahmi membawa panji islam membuka wilayah dari taklukan ‘fikr’...ahlan baby :D

Setiap manusia yang lahir membawa sinar dalam kehidupan dunia..tanpa kita takkan wujud kehidupan?? Pernahkah difikir mengapa aku di cipta?? Mengapa aku ‘mengcontrol’ diri ini?? Ahlan pada setiap pertanyaan itu..ana taklifkan wajib pada setiap kedirian mempersoalankan segala persoalan ‘mengapa’... bukalah minda..bukan persoalan sebegini membawa uslub kecewa @ marah @ benci @ kesal @ x puas hati...tapi hakikat setiap kehidupan akan mempersoalan tentang kewujudan kedirian..kewujudan setiap penciptaan...

Bantutlah pemikiran tumpullah akal andai kita sering mengiakan segala yang tercipta...misalan doctor mengeluarkan fakta2 kehidupan tentang kejadian manusia dari sperma dan ovum..dan teori Darwin tentang asal manusia dari beruk...tidakkah semua ini berunsurkan persoalan ‘MENGAPA”.

Aku berjalan di muka bumi melihat kejadian yang terukir segala persoalan bermain di minda “bagaimana” terciptanya alam..hebat penciptaan tuhan mencorak segala kejadian.. setelah 20 tahun aku berjalan melihat keagungan alam tiada apa yang perlu disoalkan melainkan “MENGAPA”. Tiada yang aku temui..pencarianku akhirnya membuka hijab persoalan mengapa..

kelahiran diriku ku temuimu..segalanya fatamorgana mencorak pelangi..dalam mimpi aku melihat aku..

Manusia kabur menelan “asid kabus”..kerna itu sering kali dilihat masalah jiwa dan pelagai masalah lain menghantui diri..masalah bercinta..rumah tangga..persahabatan..sosial..sex..moral dan akhlak semua ini berasal dari kebatian zat robanniah yang lemah. Kerna kita engan menerima takdir dan malas untuk memanipulasikan segala yang berlaku.

Kehidupan ibarat ‘game’..bisa dikatakan kita seperti pemain, tuhan seperti programmer, peraturan game adalah kehidupan..segalanya sudah di program install dalam peraturan ‘game’..sebisa mungkin pemain menjadi yang terhebat dan bisa juga menjadi ‘failure’..semuanya atas kreativitas pemain mencorakkan ‘game’. Dan mulanya setiap pemain adalah dari ‘failure’..setelah di kaji sir/ rahsia peraturan ‘game’ akhirnya pemain menjadi yang terhebat.

Pemain yang hebat tidak perlu mengkaji keburukan pemain lain tapi hanya cukup dia makrifat akan kejadian ‘game’. Misalnya raja catur yang arif tentang selok belok dan rahsia game..bisa menumpaskan semua pemain..tidak perlu baginya takut untuk berhadapan dengan pemain lain.

Begitulah kehidupan penuh dengan fatamorgana indah tapi zahirnya 'kosong'.

(Amir putus asa dan kecewa setelah cintanya di tolak zulaika. Adam rakan sebilik Amir hanya mampu melihat kesedihan Amir dan dalam masa yang sama dia kesal atas sikap zulaika yang menolak cinta tulus Amir. Kehidupan amir makin suram..sudah tidak berdaya meneruskan kerjayanya.)

Dari kehidupan Amir dan Adam semuanya sudah lali dalam kehidupan ragam manusia. Segala masalah reality dan penceritaan di novel @ televisyen terkadang sudah bisa kita tafsirkan perasaan, plot dan ending penceritaan. Tidakkah ini bererti kita sudah di beri pengajaran dalam membawa kehidupan? Tidakkah kita sudah di beri cermin mengukur diri? Dari pelbagai plot membawa pelbagai objektif. Dari liku2 kehidupan menghasilkan bermacam warna. Tidaklah menarik sesuatu lukisan andai hanya tercalit satu warna.

Segalanya sudah sedia maklum kehidupan penuh dengan warna..mengapa tidak kita mengambil segala warna dengan hati yang terbuka? Kerna warna ibarat fatamorgana dan ilusi matrix wujud dari setiap kedirian. Misalnya sang pencinta yang kalah dalam percintaan..jika dia membuka segenap minda dalam memikirkan hal “kehidupan matrix” seharusnya dia bersyukur kerna berjaya mencipta cerita cinta..dan bisa merasai perasaan kecewa dalam percintaan..syukurlah kerna masih merasa nikmat rasa :)

Begitu juga dengan ibu bapa yang melahirkan anak2 yang nakal degil dan membawa banyak masalah. Jika berpemikiran positif ibubapa akan terus “enjoy” bermain dengan kehidupan fatamorgana dan kreatif mencipta resolusi dalam melayan kerenah anak-anak atas nikmat rasa. Setiap zat kedirian mempunyai abilitas/ kebolehan dalam mencorak warna-warna kehidupan. Haruslah kita berbahagia berkehidupan dengan kehebatan zat AKU.

Selamat bergembira

Takutnya nak exam! ALL IS WELL! Hehe saiko je :P