criminal project!

Kempen Legging

Saturday, September 29, 2012

CiNtA

..kata ibu cinta itu asyik..
..cinta itu melekakan..kerna mabuk lupakan diri..
"kenapa si pencinta mabuk?" tanyaku..
kata ibu.."dia sudah tiada di dunia..kalau ada pun dunianya asing..tidak seperti dunia orang lain..
dunianya indah..."
pikirku..kalau sampai begitu aku harus merasa cinta..kerna cinta itu bahagia.. o^_^o


jom kita dengar lagu najwa latif hehe..


Ada sesuatu yang kau perlu tahu
Tentang diri aku dengan lelaki itu
Meski dia bisa beriku apa sahaja
Tapi itu semua tidak boleh beri bahagia (bahagia)
Itu bukan segalanya

see..najwa latif kata..walaupun lelaki itu kaya tapi tidak boleh beri bahagia~..
..kata ibu lagi "kalau orang sudah bercinta sanggup korban apa sahaja untuk kekasihnya..
walau harta, masa bahkan nyawanya.."
dahsyat bukan??.. 

Aku yang patut, yang patut
Memberinya segala
Kerna aku mampu, ya aku mampu
Melakukan apa-apa saja
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) 

see..sleeq kata ''aku yang mampu..melakukan apa-apa saja..untuk dia"
hebatkan panahan cinta..tapi sedih what kalau cinta bertepuk sebelah tangan..atau cinta hanya separuh jalan..atau juga cinta hanya di dunia..

..berbalik pada kata ibu...bahagia orang yang bercinta itu ibarat hidupnya tiada di dunia..dia melayang ke syurga..

kalau begitu pada siapa harus diCintai untuk sampai begitu sekali hebatnya.. o^_^o
yuk mencari cinta sebenar ..

PENCARI
Daku terbang mencari Mu
lalu aku dipanah oleh pemanah
cederalah dadaku
adakah begini nasib si pencari Mu?

Jika Engkau bertanya apakah yang daku mahu
jawapanku hanya satu: Engkau, semata-mata Engkau.

Selamatkan daku dari anak panah
supaya aku terus kuat terbang kepada Mu.

Engkau Pemilik keteguhan
masukkan daku ke dalam benteng keteguhan Mu
agar daku menjadi teguh
tiada anak panah mencederakan daku.

Janganlah sesiapa menggangu daku
biarkan daku bersama yang ku kasih
sehingga Dia mengizinkan
daku menyertai kalian.






Saturday, September 22, 2012

halusnya jiwa wanita~

Bismillahi rohmani rahimi...

Lame xmembazir masa kat sini hehe..tahun 2012 hmm tak sangka akhirnya akak dan abang saya akan berkahwin, Alhamdulillah baguslah dipertemukan jodoh, penantian yang lama akhirnya berakhir dengan sukses..tahniah akk dan abang.. :)

HMMM...sebenarnya dalam hepi ni, ada tersimpan jeles yang bersangatan..bukan jeles sebab saya pun nak kawen huhu ( tak terpikir lagi utk kawen) .. actually jelesnya sebab diorang dikebas orang asing!!..dulu kitorang main sama-sama, sembang bersama, makan sekali, tengok tv, shopping..masa almost spend together..tapi sekarang..

korang pun tak kan tak tahu orang bercintan..tgk henset sengih-sengih..muke hepi (bukan sbb bersama kami) tapi fikirkan persediaan kawen dan lain-lain lagi (malas nak hurai)..kalau banyak fikir stress jugak tengok diorang ni,,

so...fikiran saya selalu pujuk..you student, suatu masa dan umur yang kalau tanya orang tua2 mostly akan jawab nak kembali ke zaman universiti..zaman sekolah..zaman bujang dengan kawan2..jadinya you gunakan lah masa you ni dengan sebaik mungkin..

Kadang-kadang pujuk jugak diri..kalau geram you carilah apa-apa pengajian di intenet..cari something utk di baca..as a student kan..kene la banyak wat research dan banyak kumpul ilmu pengetahuan..lagi bagus tak payah pening-pening fikir..dan masa pun berkat :)

AND...at last!! hehe saya jumpe sesuatu untuk dibuat..CROCHET~ hepi, bahagia sangat buat bende ni.. dapat jugak jana otak..otak akan jadi kreatif untuk create something new..firstly memang akan tiru je apa yang ada di youtube..then lama-lama barulah muncul idea nak try buat macam-macam..bende ni first try pening jugak ngadap je kan..nanti bila sudah addicted..non-stop akan main dengan ni je (ala-ala ketagih dadah tapi ni versi halal)~ o^_^o

Gambar hasil crochet budak baru belajar hehe :) 


( first crochet belajar dari mak )

(second crochet tiru dari youtube) 
nampak besarkan..yang sebenarnya...

ni la yang sebenarnya cekonet je..bagi anak patung pakai jela :)


 (third crochet hasil rekaan sendiri hehe)

puas hati hehe bahagia..bila sesuatu yang kita belajar dan kita hasilkan..bila hasil dah siap walaupun tak seberapa kejayaan pertamalah yang akan ukir kejayaan seterusnya (ayat dari seorang kawan) hehe..

semangat ni penting untuk saya..untuk pengajian tahun 3 yang akan bermula tak lama lagi.. harapnya saya akan lebih semangat untuk study..score yang terbaik dan yang penting ilmu di dada bukan hanya di buku ..amin ya rab..

-risaunya buka sem baru- doakan saya - :D

baru teringat tajuk entry yang xde kaitan dengan isinya hehe..tapi itulah wanita sukar lepaskan orang (akak dan abang) yang dia sayang o^_^o