criminal project!

Kempen Legging

Friday, August 13, 2010

ramadhan yang menyepi~

assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh..

dunia kini semakin canggih pesat membangun
tetapi semakin kurang nilai ketamadunannya..
semakin hilang mutunya..semakin runtuh asal usulnya..

ramadhan kini tiada serinya..
aku geram dengan manjung yang sekarang kononnya akan membangun
tp dgn pembangunan telah meruntuhkan akhlak islamiyah
diwujudkan ''Manjung Uptown'' bazar yang akan beterusan
sehingga ke jam 3 pagi..
mula operasi selepas isyak hingga ke jam 3pagi
hah!!...
ini da tebukti tarawikh sure lebur..
satu kes lagi kalau dipasang surah2 dr quran or nasyid2..sejuk la jugak hati ni
tp dgn dentuman speaker mengeluarkan lagu2 rock n lagu BI
aduss..memang hilang seri ramadhan..
ya ramadhan dimana diikat syaitan2 tp syaitan2 manusia sudah terbentuk

mana perginya ramadhan yang digelar madrasah tarbiyah??
sekarang aku dengar ramadhan sebagai bulan makan besar..
ramadhan sebagai bulan megasale..
setiap hari sibuk dengan menu berbuka...
ada yang maghrib terabai..
dengan kadar jumlah rumah yang meningkat
menunjukkan kadar bilangan penduduk bertambah
bagi aku penduduk dan rumah merupakan satu statistik yang seiring..
tapi mungkin firasat ni salah apabila melihat jemaah yang hadir ke masjid semakin berkurang
memang berbeza dengan tahun sebelum ini..
di masjid menghimpunkan jemaah untuk sama2 bertarawih..
kanak2 pun ramai walaupun x sembhyang
yang hairan hari ini kanak2 xde, sekali dgn orang besar pun hilang..
suasana ramadhan memang dah hilang..
banyak masjid2 dan surau2 yg hanya mengadakan 8rakaat tarawih beserta tazkirah ringkas
yang ni pun susah nak datang..kalau 20rakaat alamatnye
tinggal 2saf je...
orang melayu rasa bangga dengan kemodenan..
dgn megamall yang pesat naik..
walhal ianya salah satu punca kehancuran..
hilang nilai keislaman wujudnya sosial kebaratan...
wallahu a'lam..
moga ramadhan bukan satu sifat kebiasaan...bukan menjadi satu adat...bahkan ianya satu ibadah yang sentiasa terus meningkat kualitinya..





No comments:

Post a Comment