criminal project!

Kempen Legging

Sunday, August 2, 2009

KALUNG JIHAD DI LEHER GADIS


Nabi s.a.w sedang bersiap dengan angkatan untuk ke medan perang Khaibar yang jaraknya dari Madinah kira2 100km. Mereka akan berhadapan dengan yahudi. Pasukan Islam di bawah pimpinan Nabi s.a.w sendiri dengan 1600anggota pasukan..

serombongan wanita dari keluarga Bani Ghifar datang menemui baginda..

"ya Rasulullah, kami ingin berjuang menyertai engkau,''ketua kumpulan itu berkata kepada Nabi s.a.w

"kami boleh membantu kaum muslimin menurut kesanggupan kami seperti mengubati yang luka,"demikian mereka merayu kepada Nabi..

"dalam keberkatan Allah," jawab Nabi tanda setuju..

Keriangan kelihatan di wajah wanita-wanita itu.Dalam rombongan itu isteri Nabi s.a.w yang bernama Ummu Salamah turut serta.Manakala gadis remaja Ghifari itu masih belum baligh tetapi beliau sungguh berkeinginan menyertai perjuangan Nabi ke medan perang..

Maka bergeraklah pasukan Islam menuju Khaibar dan gadis itu disuruh duduk di atas kenderaan baginda bersama barangan lain. Gadis itu mendapat penghormatan kerna beliau adalah anggota paling kecil dari sekian ramai ahli pasukan Islam..

Setelah sekian lama dalam perjalanan beliau mula merasa penat dan merasakan alangkah baiknya jika Nabi dapat memberi kesempatan berhenti berehat walaupun sebentar..akhirnya kehendak hatinya terkabul. Nabi memerintahkan semua untuk berehat..

Sewaktu gadis itu hendak turun dari kenderaannya, kelihatan kesan-kesan darah pada pakian dan tempat duduknya.

"Apa ini? Barangkali engkau haid?" tanya Nabi kerna terpandang padanya yg kelihatan malu sendirian. Nabi segera faham apa yg terjadi pada wanita yg meningkat baligh.

"Benar," jawab gadis itu dengan merasa malu..

"Ambil air ini, dan cucikan dirimu dan masukkan sedikit garam ke dalamnya. Bersihkan tempat kotor itu"demikian Nabi membimbingnya.

Semua perintah Nabi diturutinya dan merasa bahagia diperlakukan dengan penuh kasih sayang oleh baginda. Setelah itu beliau kembali ke tempat asalnya.

Perjalanan kemudian diteruskan beberapa hari sehingga sampai ke daerah Khaibar. Maka terjadilah peperangan dan setiap anggota memainkan peranannya. Akhirnya kemenangan berada di tangan kaum muslimin dan memperolehi byk rampasan perang. Wanita2 bani Ghafir turut berjasa..

Nabi mengambil seutas kalung dan kemudian memanggil gadis itu di sampingnya. Baginda lalu mengikatkan kalung itu ke lehernya sebagai tanda penghormatan Nabi.

Kalung itu selalu dipakainya dan sebelum wafat beliau telah mewasiatkan agar kalung itu di kuburkan bersamanya..

Demikian Nabi memberi contoh kepada kita supaya belajar menghargai jiwa yg berjuang..penghargaan yg sedikit pun memberi kesan kepada penerimanya..wallahua'lam..

Sunday, July 19, 2009

.: GuRAuan yang diBolehKAn :.

عن عأـشة رضى الله عنها,أنها زفت امرأة اِلى رجل من الأنصار, فقال النبى صلى الله عليه مسلم : "يا عأــشه ما كان معكم لهوٌ , فاِن الأنصار يعجبهم اللهو".
"dari Aisyah r.a bahwa dia menghantar seorang (pengantin)wanita kepada(pengantin)laki dari Ansar, lalu Nabi s.a.w bertanya:'wahai Aisyah,apakah tidak ada hiburan bersamamu semua?kerna org2 Ansar itu senang kepada hiburan bersamamu semua? Kerana org2 Ansar itu senang pd hiburan.
-hadith bukhari-
Islam agama kemanusiaan,islam menyedari hati itu boleh bosan, sebagaimana perihal badan. Maka Islam memperbolehkan bagi muslim atau muslimah utk mencari hiburan yg mubah dlm beberapa perayaan atau lainnya..
wahai saudari muslimahku! perhatikan berikut..
Abdullah bin Amru r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda:
"wahai Abdullah benarkah telah sampai khabar kepadaku bahwa engkau berpuasa pada siang hari dan bangun(solat) pd malam harinya?"..
aku menjawab:
"begitulah wahai Rasulullah."
lalu beliau berkata:
"janganlah engkau lakukan(itu). Tetapi puasalah dan juga makanlah, bangunlah dan juga tidurlah.Kerana sesungguhnya ada hak bg badanmu atas dirimu, dan sesungguhnya ada hak bagi badanmu atas dirimu, dan sesungguhnya ada hak bagi isterimu atas dirimu, dan sesungguhnya ada hak bagi fikirannya ada hak bagi fikiranmu atas dirimu."
-riwayat bukhari wa muslim-
Maksud perbahasan ini, kami hendak menjelaskan gambaran Islam yang suci. Islam tidak mengenal sikap mengabaikan kesenangan ataupun berlebih-lebihan dalam hiburan yang mubah. Islam tidak mengenal sikap berlebih-lebihan dlm mentaati kepada Allah. Itulah Islam mengamalkan kesederhanaan..
perhatikan kisah berikut:
Usamah adalah seorg gadis kecil.Pada suatu hari dia keluar dari rumahnya di salah satu wilayah di Kuwait, pada siang hari tanggal 16 Ogos 1983. Diapun bermain-main sendiri, lalu mengambil seutas tali yang tidak jauh dair tempatnya. Kemudian dia mengikatkan hujung tali di atap di hujung tangga, dan hujung tali lagi satu dia ikat lehernya sendiri. Tidak berapa lama, tamat semuanya. Gadis kecil itupun sudah membujur kaku tidak bergerak. Mengapa dia buat begitu? ini kerana sebelumnya dia menonton salah seorg artis yang cuba membunuh diri dengan menggantungkan diri. Inilah puncanya!!
Maka ada baiknya setiap hari engkau mendengar pelbagai cerita akibat dari alat-alat hiburan, terkadang menjadi seksaan bagi manusia.
Justeru didiklah anakmu dgn ketakwaan pdNya, kalau dia menghendaki hiburan, maka harus memberikan hiburan yang mubah kepadanya.
sesungguhnya topik ini merupakan antara 50 wasiat Rasulullah untuk wanita..sekian =)

Sunday, July 12, 2009

:: Beruntunglah kalian menjadi umat nabi Muhammad s.a.w

بسم الله الرحمن الرحيم

alhmdulillah tangan yg hina ini masih di beri kesempatan untuk mencoret kisah anbia' supaya kita dapat sama2 mengambil iktibar dr kisah kekasih kita nabi Muhammad..insyaAllah..


Pada suatu hari terjadi dialog antara Nabi s.a.w dengan Abu Bakar as-Siddiq. Sahabat yang lain juga turut mendengarnya.


"Wahai Abu Bakar begitu rinduku hendak bertemu dengan saudara-saudaraku (ikhwan),"berkata nabi s.a.w.


"Wahai rasulullah bukankah kami ini teman-teman engkau?"jawab Abu Bakar


"Bukan! kamu ini sahabat-sahabatku" nabi menegaskannya.

Keterangan Nabi itu sungguh menghairankan Abu Bakar juga sahabat-sahabat lain yang hadir. Apakah beza antara sahabat dan ikhwan, siapakah yang dimaksudkan oleh Nabi s.a.w itudengan penuh kerinduan? Demikian persoalan yang bermain dalam fikiran mereka dan persoalan semakin serius kerna semua ingin tahu mengenainya.


Nabi segera memahami suasana yang ada bila keterangan baginda mengejutkan Abu Bakar dan sahabat yang ada di majlis itu. Maka segeralah baginda menghuraikannya.


"IKhWaN( saudara-saudara) ku."

"mereka belum pernah melihat aku, tetapi mereka beriman dengan aku sebagai Rasulullah dan mereka mencintaiku. Aku dicintai melebihi anak dan orang tua mereka."


"Ya Rasulullah, bukankah kami ini ikhwan engkau?" bertanya sahabat baginda, mereka masih merasa hairan dan ingin tahu penjelasan selanjutnya.


"Kamu semua sahabatku "kata Nabi s.a.w.
"Wahai Abu Bakar adakah engkau tidak merindui kepada ikhwanku itu kerana mereka juga mencintai engkau kerna engkau sahabatku." demikian Nabi memperjelaskan perkara itu.


Begitulah Rasulullah menerangkan bahwa mereka itu umat sesudah wafatnya baginda. Mereka itu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya walaupun mereka tidak pernah bertemu dengan baginda. Mereka membaca Al-Quran dan Hadith, mencintai nabi sebagai Rasul Allah juga mencintai Abu Bakar dan sahabat Nabi yang berjuang menegakkan Islam.

Dalam satu waktu yang lain baginda menceritakan kepada sahabat-sahabat tentang kemurnian iman ikhwan dan sekali lagi mereka menjadi hairan.


"Siapakah makhluk Allah yang paling ajaib imannya?" nabi bertanya kepada sahabat.

"Malaikat" jawab mereka.

"Bagaimana Malaikat tidak beriman dengan Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah?" jawab Baginda.

"Para Nabi" mereka menjawab lagi


"Bagaimana para Nabi tidak akan beriman sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka?" Nabi s.a.w membantah jawapan mereka.

"Kami," mereka cuba menduga lagi.

"Bagaimana kamu tidak akan beriman sedangkan aku berada di tengah-tengahmu? jawab Nabi


Betapa hairannya para sahabat mendengarkan jawapan Nabi s.a.w. dan mereka sudah cukup dapat memahaminya. Manakala Nabi sedia maklum tahu betapa mereka ingin mengetahui siapakah manusia ajaib imannya.


"Makhluk yang paling ajaib imannya ialah mereka yang hidup sesudah aku. Mereka membaca Al-Quran dan beriman dengan semua isinya."

Nabi s.a.w pernah menegaskan lagi tentang kemurniaan iman ikhwan dalam sabdanya:
"Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman dengan aku. dan berbahgialah tujuh kali orang yang beriman dengan aku tetapi tidak pernah berjumpa denganku"

Demikian Nabi mencintai ikhwannya. Rasailah kerinduan Nabi pada kita...dan bagaimana pula kerinduan kita pdnya? kejarlah cinta hakiki yang membawa kebahgiaan di Alam Baqa'...

wallahua'lam, sekain =)

Thursday, July 9, 2009

.:: ManuSia AjaiB ::.

بسم الله الرحمن الرحيم
...sekian lamaku meninggalkan dunia blog ni..aku kembali untuk berkonsi kisah manusia ajaib... hihihi...jom bace cerita ni...best bangat! insyaAllah...
Suatu ketika sedang nabi s.a.w bersiap untuk ke medan perang Uhud, seorang lelaki bernama Amar bin Tsabit bin Waqsy Asyhaly datang menemui baginda. Beliau telah meminta Rasulullah menerimanya masuk islam dan terus ingin ikut serta berperang bersama Nabi dan kaum muslimin.
Amar ini diketahui baginda akan keangkuhannya. Beliau berasal dari bani Asyhaly dan seluruh kaumnya telah memeluk islam dengan didahului tokoh terkenal mereka Sa'ad bin Mu'adz. Amar tidak menyertai kaumnya dan keangkuhan jahiliyah dalam jiwanya begitu menebal.
"kalau aku tahu kebenaran yang kamu kemukakan, sudah tentu aku tidak akan terkemudian mengikutinya"
Begitulah jawapan Amar apabila beliau diajak kaumnya menyertai islam. Kaum muslimin Madinah juga mengetahui sikap Amar yang seolah-olah tertutup pintu hatinya menerima islam dan beliau sanggup terasing sendirian.
Nabi menyambut kehendak Amar dgn gembira, lebih lagi beliau rela bersama nabi ke medan perang membawa pedangnya yg terkenal ketajamannya. Inilah peristiwa keajaiban, sedangkan kaumnya dan orang ramai masih belum mengetahui kejadiaan itu kerna sibuk menyiapkan bekalan perang.
Di medan perang Uhud, Amar memperlihatkan keberaniannya....maju ke depan sebagai mujahid sehingga terkena pukulan musuh dan jatuh pengsan. Dalam keadaan hidup dan mati seorang datang menyelamat dan beliau terkejut.
"untuk apa kau ikut ke mari, ya Amar?" bertanya org itu disangka Amar belum islam.
"aku sudah beriman pada Allah dan Rasul, kerna itu aku berperang, Allah akan memberi syahadah padaku dalam waktu yang singkat ini," menjawab Amar sebelum roh diangkat menghadap ilahi..
Ketika berita kematian Amar sebagai pahlawan syahid sampai ke pengetahuan nabi s.a.w. baginda terus berkata:
"Amar itu akan berada di syurga"
maka barulah kaum Muslimin mengetahui akan peristiwa Amar, malah Abu Hurairah, sahabat yang banyak megetahui hadis nabi telah berkata kepada kaum muslimin:
"cuba kamu katakan padakuk siapakah orang yang masuk syurga sedangkan dia tidak pernah solat sekalipun terhadap Allah."
"jika kamu tidak dapat menjawab, baiklah aku akan berikan jawapan"
"Dialah Amar bin Tsabit bin Waqsy, ridhwanullah alaihi - keredhaan Allah melimpah padanya"
Demikianlah jika kehendak Allah, seorg manusia alaib yg terus ke syurga tanpa pernah solat, puasa dan lain-lain. Subhanallah....bagaimanakah kita yang sudah sekian lama berada dalam islam? yang sudah lama menunaikan perintah Allah?...
adakah jaminan syurga sudah pasti bagi kita?
renunglah iman, daku khuatir kehidupan di bumi meruntuhkan iman..
mengoyahkan keteguhan padaNya...
Nauzubillah..
Alhamdulillah..sekian saja dariku..jom muhasabah..banyaknya dosa nih =(

Sunday, June 28, 2009

.: KaeDAh haFAlan :.

بسم الله رحمن الرحيم
Assalamualaikum, semoga Allah berkati kalian semua..
Hari ini dengan rasa ringan tangan ..rasa nak berkongsi ilmu dengan antunna/antum tentang kaedah hafalan dari buku bertajuk ''hal antum muslimun?'' (islamkah kamu?)

1. IKHLAS (hanya untuk mencapai keredhaan Allah)

surah az-zumar: 2,3

''sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran kepada Muhammad S.A.W dengan membawa kebenaran. Maka sembahlah Allah dengan ikhlas beragama kepadaNya"

2. MEMPERBAIKI PENGUCAPAN DAN BACAAN

sesungguhnya Al-Quran tak dipelajari kecuali dn sistem talaqqi. hal ini tidak bisa dilakukan kecuali dengan mendengar dari seorg qari/ hafizh yg baik bacaannya....jika dilihat sistem pembelajaran nabi dan para sahabatnya secara lisan dan begitu juga generasi seterusnya..(rasenye part ni mesti susah..slalunya kita hafal secara bersendirian so lepas ni boleh upah parents / sahabat utk dgr bacaan kita =) )

3. MEMBATASI MATERI HAFALAN SETIAP HARI

Membatasi materi hafalan bermaksud menghadkan hafalannya setiap hari mengikut batas kemampuan dan hendaklah memperbaiki bacaannya dgn mengulang berkali-kali.......justeru untuk memantapkan hafalan bolehlah dibaca dgn berirama ia dpt membiasakan lisan untuk mengeluarkan suara tertentu...sesungguhnya bacaan berirama adalah sunnah, berdasarkan sabda nabi yang bermaksud, ;

''barangsiapa tidak menyenandungkan al-Quran (tartil) maka dia bukan dari golongan kami''

hadis diatas menyuruh kita membacanya dgn tartil..bertajwid...tetapi bukanlah wajib di baca dgn berlagu seperti membawa burdah dan qasidah ..hijaz, nahwand,dan pelbagai lagi cuma ia digalakkan dan disunnahkan...

4.TIDAK MENAMBAH MATERI HAFALAN HINGGA HAFALAN SEBELUMNYA BETUL2 MANTAP

Hafal al-Quran bukanlah satu amalan yang mudah, seharusnya ia dilakukan dgn kesabaran dan penuh khusyuk, demikian sabda nabi S.A.W :

''demi zat yg jiwaku dlm genggaman-Nya sungguh al-Quran itu lebih mudah terlepas daripada seekor unta yang lepas dari talinya"

kepada para penghafal supaya tidak segera berpindah kepada surah/ ayat baru kecuali bila sudah betul2 kuat diingatan

5.MEMPERHATIKAN AYAT-AYAT YANG HAMPIR MIRIP

Perkongsian bersama..dari sekitar enam ribu ayat lebih di dalam al-quran terdpt dua ribu ayat yang mempunyai kemiripan..yang kdg2 hanya dibezakan oleh satu huruf/suku kata

6. PERGUNAKAN USIA PALING BAIK DALAM MENGHAFAL

Usia yang paling baik dalam menghafal iaitu mulai dari lima tahun sehingga dua puluh tiga tahun dalam usia ini ingatan seseorg sgt baik , justeru ambillah peluang untuk kita bersama menghafal kitabuLlah..

''menghafal pada usia muda bagaikan mengukir di atas batu, sedangkan menghafal usia tua bagaikan mengukir di atas air''

wallahu'alam ..sekian perkongsian ini moga diberi manfaat bersama..hayyabina hifzil quran!!

.: Kem IbaDAh BAkIN :.

http://www.geocities.com/a_rinii/blog-skin/nature-old.txt


السلام عليكم ورحمة الله وبركته
27.06.2009
...hari yg amat memenatkan..tapi dengan semangat nak hadiri kem ibadah BAKIN, Lumut..hati ini diberi kekuatan menetapkan untuk menyertainya..memulakn perjalan dari tanjung malim lebih kurang pukul 1.00 petang..dan kami singgah di SMKA Slim River utk ziarah adik kebetulan sekolahnya ada sambutan hari kantin..lebih kurang pukul 3 baru bertolak balik manjung..sampai rumah 6.00 petang ..aduh, program BAKIN mula pendaftaran pukul 3.ooptg, kalau ikut nafsu yg malas memang lepaskan je..tapi bile ingat sepanjang 2minggu ni memang tak dapat pengisian rohani..bahkan sudah 2 kali usrah tak dapat hadir..
ya Allah, memang terase kosong jiwa ni..sesampai di rumah terus bersiap packing barang.. abah kata lepas maghrib dia datang ambil jadinye..sempat jugaklah berehat(walhal dalam krete td dh brehat, bukan drive pon ^_^)....lepas maghrib berangkat ke tapak chalet kg. sitiawan (ingatkan gune khemah/pondok buruk,he3 pakai chalet aircond rupenye...abah jadi urusetia..ambik peluang keemasan.hi3)
lepas solat isyak jamae' kami semua barkumpul untuk dengar ceramah ( isteri cemerlang keluarga terbilang ) kalau dilihat rata-ratanya memang semua yang hadir sudah bekeluarga rase mcm besau aje walhal blom jejak alam universiti lagi hi3...
ah, penceramah slot ni mmg best..-ust. Rusdi-pensyarah UiTM- (bile agaknya boleh dgr lagi =)...
tak adil kalau sorang je yg tahu..so i'll share it...
''behind a successful man is a woman''
kalau dilihat kata2 ini..memang sudah terbukti yg wife -- as a leader, as an advisor, also as a father when her husband was not home -- semua ini sudah jelas dlm hadis --
كلكم راع وكلكم مسئول عن رعيته "
kalau dilihat dalam kisah hidup nabi Muhammad S.A.W..perjuangan beliau juga bergantung pada isterinya saidatina Khadijah( yg amat mengambil berat akan beliau)
-- bagaimana pula dgn pendpt Barack Obama presiden AS..yg mengakui isterinya merupakan org yang byk menolongnya, ''she is the great advisor''
jadikanlah rasulullah contoh kerna beliau merupakan sebaik contoh bg suami, bapa, ketua, isteri, ibu, anak dan segalanya..
sesungguhnya kerja yang diakui oleh syaitan ialah berjaya menceraikan pasangan..
wallahu a'lam..
esoknya masih ada dua slot..iaitu 1.tentang solat 2.aurat

Thursday, June 25, 2009

PerJuaNGan...saff one..

MUJAHID...MUJAHIDAH..SERULAH SERUAN ILAHI MENEGAKKAN ISLAM!

''PERJUANGAN itu gerun dan mengerikan ...

hebat dan dahsyat mengerunkan hati..

bagi mukmin di sini harga dan nilainya..

PERJUANGAN itu bagai sampan di laut...

di atas lapang tiada perlindungan ..

di bawah air melambung dan menggunung..

menongkah gelombang yg bakal melanda,

kiri kanan depan dan belakang

angin yang menderu tidak tahu bila datang

hujan badai yang datang menyerang, bak singa lapar yang garang

kadang2 terdampar dibatu karang

penumpang menerima nasib berlainan

ada yang jatuh, ada yang tenggelam

yang pandai berenang berpaut ke sampan..

ada yang berjaya berenang ke tepian...

sekali lagi ia melayar sampan

walau pelayaran mungkin tidak berjaya

nanum harapnya hanya pada yang esa

''bermula agama Islam itu adalah tinggi dan tidak ada agama yang dapat mengatasinya''